Golongan dewasa yang sibuk
Jika anda bekerja dan mencari kaedah yang mudah untuk menghafal, buku ini sangat membantu. Tak perlu struggle teruk-teruk, cuma luangkan 10 minit lepas solat saja dah boleh kuasai surah-surah penting.
Pelajar sekolah & mahasiswa
Sesuai untuk anda yang mahu menghafal surah pilihan sebagai bekalan di sekolah dan universiti.
Ibu bapa yang mahu latih anak-anak menghafal Quran
Dengan panduan praktikal dari buku ni, anda boleh membantu anak-anak menghafal surah-surah pilihan tanpa rasa tertekan, tanpa masuk kelas khas.
Buku ini juga membimbing ibu bapa langkah demi langkah supaya anda boleh membantu anak-anak menghafal dengan seronok, tanpa perlu pengetahuan mendalam dalam tajwid atau hafazan.
Sesuai untuk beginner, fleksibel, dan boleh disesuaikan mengikut jadual harian keluarga.
Individu yang mahu menambah hafalan
Jika anda sudah hafal sebahagian surah tetapi ingin menambah lagi, buku ini menyediakan struktur hafalan yang tersusun.
Warga emas yang mahu mendekatkan diri dengan Quran
Teknik santai dalam buku ini memudahkan hafalan bagi anda yang ingin menghafal di usia emas.